Terima kasih Shah Firdaus, teruskan berjuang – PM
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan penghargaan buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sarom meskipun gagal membawa pulang pingat sempena Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, Anwar turut memberikan kata semangat buat atlet negara berusia 28 tahun itu untuk meneruskan perjuangannya.
“Terima kasih Shah Firdaus. Teruskan berjuang. Moga melakar kejayaan satu hari nanti!” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan misi Muhammad Shah Firdaus untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas dirempuh pelumba Jepun, Shinji Nakano pada aksi final sebentar tadi.
Muhammad Shah Firdaus bermula dengan baik ketika bersaing di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines selepas berada dalam kedudukan ketiga namun segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran.
Ketika itu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terlebih dahulu terjauh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan sebelum merempuh Shah Firdaus dari arah belakang sekali gus melenyapkan harapan pelumba negara itu untuk berada di pentas podium.
Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Matthew Richardson dari Australia membawa pulang pingat perak di Sukan Olimpik Paris. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source