Maryam Akui Tak Mudah Istiqamah, Pernah Terlintas Makan Daging Khinzir
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah lepas setahun mengenakan hijab serta dalam usaha menjadi Muslimah lebih baik.
Memetik HibGlam, Maryam berkata setiap hari dia terlintas untuk kembali ke imej lama namun dia sedaya upaya cuba melawan perasaan tersebut.
BACA: “Besar Ni Macam Maryam Punya” – Ryzal Ibrahim Dikecam Buat Lawak ‘Double Meaning’
“Tipulah kalau cakap tak susah, sejujurnya hari-hari terlintas dalam fikiran untuk buka tudung tetapi iman saya setakat ini lebih kuat daripada keinginan itu semua.
“Bukannya tak teringin mahu makan daging khinzir, mahu minum alkohol, hari-hari perkara itu terlintas sahaja tetapi sekadar terlintas sahajalah. Fikir tidak dosa, buat baru dosa.
“Apa pun saya sendiri yang kena kuat hadapi semua itu, kena banyakkan bersabar dan berjuang melawan hasutan syaitan,” katanya.
Dalam pada itu, Maryam berkata dia ikhlas belajar mendalami agama sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak termasuk suaminya, Ryzal Ibrahim.
“Suami saya tidak cakap apa-apa, lagipun memang saya tidak suka. Biarlah saya istiqamah kerana diri sendiri dan atas kerelaan diri bukannya sebab ikut cakap orang.
“Saya juga mahu belajar dan membentuk diri dengan cara saya sendiri, bagi saya itu lagi bagus dan membantu saya untuk terus belajar,” katanya.
Terdahulu, Maryam memeluk Islam di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan pada 11 Julai 2019.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source