Tak puas hati diprovok punca lori terbabas di Jalan Pudu
KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati dengan pemandu Honda City dan diprovok, pemandu lori bertindak mengejar kenderaan itu sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Pudu, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan video berhubung kejadian itu di media sosial, semalam.
“Kemalangan berlaku apabila lori hilang kawalan lalu melanggar kereta Toyota Supra yang diparkir di bahu jalan kawasan itu.
“Lori itu kemudian mengundur lalu melanggar kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki yang berada di belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, pemandu lori terbabit dikatakan tidak berpuas hati terhadap pemandu kereta Honda Civic yang keluar dari simpang secara mengejut dan membuat provokasi.
“Tindakan pemandu kereta Honda City itu menyebabkan pemandu lori berkenaan marah dan cuba mengejar kenderaan terbabit sebelum melanggar kereta Toyota Supra yang diparkir di bahu jalan,” jelasnya.
Katanya, kedua-dua pemandu terbabit ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kertas siasatan berhubung kejadian itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source