Julia Farhana Dedah Ada Penerbit Minta Buka Tudung
Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan ada penerbit filem yang memintanya membuka tudung untuk watak ditawarkan.
Memetik Harian Metro, Julia bagaimanapun dia tidak menyalahkan penerbit filem berkenaan kerana dia bukan beragama Islam dan tidak faham mengenai kewajipan menutup aurat dalam agama Islam.
BACA: Julia Farhana Akui Tak Mudah Kekal Istiqamah Bertudung
“Penerbit itu bertanya sama ada saya boleh buka tudung untuk watak ditawarkan dalam filem terbitannya? Pada mulanya, saya terkejut dengan pertanyaannya itu dan menganggapnya biadap.
“Penerbit itu kata dia nampak ramai saja artis yang boleh pakai dan buka tudung sekarang. Jadi, dia fikir saya juga sebegitu,” katanya.
Sementara itu, sudah dua tahun mengenakan hijab, Julia mengakui dia berdepan cabaran besar untuk terus istiqamah apatah lagi terpaksa menolak watak yang tidak sesuai dengan penampilannya berhijab.
“Sebab itu, saya tidak terkejut bila tengok ramai artis yang buka tudung kerana faham dengan perasaan mereka.
“Saya sendiri pun sudah beberapa kali menangis kerana tidak kuat dan berasa seperti ‘kehilangan karier’ kerana banyak watak terpaksa ditolak kerana tidak sesuai dengan penampilan bertudung,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source