Liga Super: Harimau Selatan ratah Sang Kenari 6-0
ISKANDAR PUTERI – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.
Keputusan itu menyaksikan kekalahan kedua skuad Nafuzi Zain di tangan Harimau Selatan kepada JDT dalam tempoh enam hari selepas tewas 0-3 pada aksi Piala FA, Ahad lalu.
Jaringan gol JDT hadir seawal minit kelapan setelah Bergson yang mendapat umpanan Heberty Fernandes melepasi kawalan ketat Jose Cleylton sebelum melakukan sepakan voli ke penjuru gol menewaskan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.
Pada minit ke-33, Fernandes mensia-siakan umpanan cantik Juan Muniz apabila rembatan lencong mencari penjuru kanan sedikit tersasar.
Bergson menambah jaringan peribadinya pada minit ke-35 dengan menghukum kesilapan Akmal Zahir yang menanduk bola ke belakang apabila merampas bola sebelum melakukan sepakan lambung menewaskan Kalamullah.
Bersambung babak kedua, Harimau Selatan semakin buas melancarkan serangan bertali arus dan berpeluang menambah jaringan namun Arif Aiman Hanapi yang berada dalam posisi satu lawan satu gagal menewaskan penjaga gol skuad Kenari.
Pada minit ke-64, Bergson melengkapkan jaringan hatrik setelah mempamerkan gerakan memukau menggelecek tiga pemain pertahanan sebelum melepaskan rembatan deras bagi menjadikan kedudukan 3-0.
Pasukan pelawat dilihat buntu dan tidak mampu mengekang kemaraan Harimau Selatan yang bermaharajalela mendominasi permainan sehingga KDA FC tiada jawapan untuk mengawal keadaan.
Hasilnya, juara 10 kali Liga Super itu menambah derita buat pasukan pelawat apabila meledak tiga gol dalam tempoh lima minit hasil jaringan Feroz Baharudin pada minit ke-74 diikuti Murilo Henrique (m-76) dan Afiq Fazail (m-79). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source