IWK Raikan Kejayaan 380 Warga Kerja Dalam Konvokesyen SKM
KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd hari ini dengan bangganya meraikan kejayaan 380 kakitangannya di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2024 yang diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. Majlis graduasi ini menandakan berakhirnya tempoh latihan kakitangan IWK serta mengiktiraf dedikasi para graduan.
IWK terus komited dalam memperkasakan kakitangannya dengan memastikan pekerja diberi peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Program SKM ini membuktikan salah satu dedikasi syarikat terhadap kecemerlangan warga kerjanya. Terdapat tiga jenis kategori yang dianugerahkan hari ini iaitu Sijil Penganugerahan Pengiktirafan Khas SKM Tahap 3 & SLDN dan Penganugerahan SKM Tahap 2.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Yang Amat Berhormat Dato Sri’ Haji Fadillah Bin Haji Yusof turut hadir menyampaikan sijil kepada graduan serta menyatakan sokongan kerajaan bagi pembelajaran berterusan dalam meningkatkan kemahiran industri.
Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya berkata: “Dalam memupuk kecemerlangan syarikat dan melahirkan lebih ramai pekerja mahir melalui Persijilan Kemahiran Malaysia, saya percaya IWK telah melakukan yang terbaik dalam membentuk dan menyediakan landasan sesuai untuk warga kerjanya. Sebagai peneraju industri pembetungan negara, IWK perlu menunjukkan contoh teladan kepada pemain industri lain, terutamanya pengendali pembetungan di rantau ini dan seterusnya di peringkat global.”
Pengerusi IWK, Yang Berhormat Hj. Ahmad Johnie Hj. Zawawi berkata, sebagai sebuah organisasi yang berfokus kepada penyediaan perkhidmatan penting kepada orang ramai, IWK telah melalui fasa pasang surut sejak tiga dekad lalu, khususnya bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kekal cekap demi memelihara kesejahteraan rakyat. Atas hakikat inilah, budaya kerja di IWK amat mementingkan peningkatan kemahiran yang berterusan di kalangan warga kerja.
Majlis konvokesyen tersebut merupakan salah usaha IWK dalam menghargai kakitangannya, di samping meningkatkan pembangunan professional yang diperlukan dalam industri pembetungan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source