Lambat Datang Kerja Disebabkan Kelewatan Tren? Anda Boleh Minta ‘Train Delay Slip’ RapidKL Untuk Tunjuk Pada Bos
Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi rakyat Malaysia yang menggunakan tren boleh meminta surat atau slip kelewatan tren sekiranya terjadi sebarang masalah.
Slip tersebut boleh digunakan seandainya anda menggunakan pengangkutan awam tersebut dan masalah timbul sehingga menyebabkan anda lewat ke tempat kerja.
Hal itu didedahkan oleh seorang individu di aplikasi X dan telah meraih perhatian ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu.
Menerusi X, @_aidaans berkongsi foto slip yang diterimanya daripada pihak RapidKL selepas tren yang dinaikinya mengalami kelewatan.
Hari ini saya baru tahu bahawa RapidKL ada mengeluarkan sijil kelewatan tren atas permintaan [penumpang]. Ini saya punya, diperoleh kerana gangguan pagi ini.
#TIL that RapidKL issues train delay certificates upon request. Here’s mine, retrieved due to this morning’s disruption. https://t.co/uR1YNRtR0s pic.twitter.com/s2bk9yMDFw
— Aida A (@_aidaans) May 23, 2024
Jadi, anda boleh meminta ‘late slips’ ini daripada pihak RapidKL sekiranya terkesan dengan gangguan MRT atau LRT misalnya kelewatan akibat masalah teknikal.
Slip tersebut disediakan seandainya kelewatan itu melebihi masa 15 minit dan ia boleh digunakan untuk empat laluan utama iaitu LRT Ampang/Sri Petaling Lines, LRT Kelana Jaya Line, KL Monorail Line, dan MRT Sungai Buloh-Kajang Line.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source