‘Setiap pagi saya bangun, saya risau apa yang saya buat salah’
PETALING JAYA – “Setiap pagi saya bangun, saya nampak macam-macam berita berkaitan nama saya. Saya risau apa yang saya buat (itu) salah”.
Itulah luahan yang disuarakan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia ketika sesi temu bual bersama media selepas beliau tamat berjuang dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris sebentar tadi.
Terdahulu, Zii Jia berjaya menundukkan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 sekali gus menyumbang pingat gangsa kedua untuk Malaysia dalam sukan Olimpik Paris 2024.
Sebelum ini, pingat pertama disumbangkan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada perebutan pingat gangsa, semalam.
Sementara itu, semakan Kosmo! di platform media sosial mendapati, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pemain nombor tujuh dunia itu kerana berjaya bangkit dalam set kedua dan ketiga meskipun tewas pada set pertama.
“Tahniah Lee Zii Jia, usaha anda terbayar dengan pingat gangsa malam ini (waktu Malaysia),” kata Yunss.
“Lee Zii Jia menang. Kita dapat satu lagi pingat gangsa. Ya Allah, terima kasih. ‘Comeback is real’,” kata Akeem Sharyzal. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source