“Saya Jalan Tak Pijak Bumi”
Baru-baru ini, pelakon Diana Rafar mengimbau kembali perceraiannya dengan suami, aktor Zamarul Hisham yang berlaku Januari 2015.
Menerusi temu bual bersama Hijabista, Diana berkata dia tidak pernah berkongsikan perkara tersebut dan ketika suaminya melafazkan cerai dia seolah sukar untuk berjalan.
BACA: Diana Rafar Reda Terpaksa Gugurkan Kandungan
@hijabistamy “Rasa dunia bergegar, kaki tak pijak di bumi” Ditimpa ujian berat, @dianarafar pernah mengalami rezeki ditarik satu persatu. Begitulah komen Diana ketika ditemui di acara #daripoketartiskepoketartis tempoh hari. #hijabistamag #iamhijabi #hijabista
“Hari yang abang (Zamarul) lafaz, saya jalan tak pijak bumi. Saya tak pernah kongsi benda ini. Masa dia lafaz je, barulah saya faham ‘oh, ini ke yang Allah sebut tiang Arash bergegar. Memang dekat bumi ini bergegar ke’
“Saya rasa memang gegar dan tak boleh nak jalan, tak boleh pijak bumi… pegang dinding. Rasa seperti nak mati, sakit ke. Dia steady, yela.. Kita perempuan emosi kan masa tu,” katanya.
Menurut Diana lagi, selepas perceraian itu dia mengalami ‘anxiety’ sehingga terpaksa menjual perniagaan spa miliknya.
“Lepas itu saya diuji sakit, tak boleh bernafas, tak boleh jumpa orang, takut nak mati.. Lebih kurang macam anxiety la kan. Tutup spa, tutup terapi… tinggal pesakit saya, jual spa semua,” katanya.
Tambahnya lagi, ketika itu Diana merasakan Allah telah menarik nikmat hidup satu per satu dimana ketika itu tiada pekerjaan dan duit.
“Laki pun tak ada, kita pun tak nak jumpa keluarga.. Dia tarik segala nikmat, masa tu saya belum berhijab lagi,” katanya.
Terdahulu, Diana dan Zamarul mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan bercerai pada Januari 2015. Bagaimanapun mereka rujuk semula pada 14 Februari kira-kira sebulan selepas bercerai.
SUMBER: Hijabista
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source