“Dah 46 Tahun Ni, Bila Bercinta Di Awang-Awangan Macam Taknak Balik…”
Sebelum ini, usahawan Datuk Red mengesahkan sedang dalam fasa percintaan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi selepas sah bercerai pada April lalu.
Bagaimanapun, ada yang mendakwa perceraian antara Datuk Red dengan bekas isteri pertamanya adalah satu rancangan, namun Datuk Red menafikan perkara itu kerana perceraian itu adalah kehendak Datin Red.
BACA: Datuk Red, Adira Rancang Kahwin Aidilfitri Tahun Depan
“Kalau saya yang merancang itu, sukar untuk percaya sebab sedia maklum mereka ini yang mohon cerai. Mereka yang hadir ke mahkamah dan mohon cerai.
“Dalam masa tempoh idah itu, saya dalam fasa bersedia untuk rujuk tapi mereka berdua tidak menghubungi saya sehingga habis idah. Jadi bila sudah habis (idah), mereka bukan lagi milik dan tanggungan saya.
“Saya harap semua dapat hormati keputusan saya. Ini bukan adegan atau drama daripada saya,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, Datuk Red memberi bayangan tidak akan kembali bersama bekas isteri pertamanya kerana dia merasakan tidak mampu untuk bersama dengan kedua-dua bekas isterinya.
“Kalau nak kembali (kahwin) dengan dua-dua bekas isteri, saya rasa tidak boleh sebab saya tahu perkahwinan saya sebelum ini gagal. Saya tidak mahu ulang kesalahan sama dan nanti kemudian pergi lagi Mahkamah Syariah (untuk bercerai),” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata dia kini berada di awang-awangan dan bahagia dilamun cinta dengan Adira serta mempunyai sebab mengapa memilih penyanyi itu.
“Dah 46 tahun ni, bila bercinta di awang-awangan tu macam taknak balik, terbang je, nikmat dia tu kan. Orang kata makan tak lalu, tidur tak lena, betul la tu, dah kena dah.
“Mungkin 9 tahun kami bersama tu tak cukup. Adira pun dah rendah diri mengakui kesilapan, apa salahnya saya terus bersama dengan dia balik. Mungkin orang kata pasal Adira artis, saya tak peduli tu semua, minta maaf saya cakap, sekarang saya dah boleh berdiri di kaki sendiri,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source