TFC miliki kelebihan ke final
TERENGGANU FC (TFC) bersedia menghadapi tentangan sengit daripada Selangor pada separuh akhir kedua malam ini bagi merealisasikan misi ke pentas final Piala FA.
Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner berkata, skuad kendaliannya berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan motivasi terbaik biarpun cuma membawa bekalan tipis satu gol.
“Perlawanan separuh akhir pertama bukan keputusan yang sempurna tetapi ia masih memihak TFC untuk aksi timbal balik. Kami harus pertahankan kelebihan itu dengan meneruskan corak permainan sendiri agar dapat melebarkan kedudukan agregat,” katanya.
Menurut Steinbruckner, Selangor pastinya turun beraksi dengan keadaan lebih tertekan kerana masih memerlukan sekurang-kurangnya dua gol untuk menafikan kelebihan dimiliki TFC.
Tambah jurulatih kelahiran Croatia itu, misi mara ke pentas final Piala FA akan lebih mudah direalisasikan sekiranya benteng pertahanan TFC mampu beraksi dengan lebih kemas.
“Saya mengharapkan pemain-pemain dapat menampilkan prestasi lebih baik berbanding dipamerkan sewaktu menentang Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.
“Apapun, saya juga berharap permainan dapat diselesaikan dalam tempoh 90 minit dan tidak diheret ke masa tambahan atau penentuan penalti,” katanya.
Isu kecederaan melibatkan tonggak pertahanan, Alif Zakaria dan Safwan Mazlan selain dua penyerang, Ivan Mamut serta Ismaheel Akinade hanya akan menguatkan lagi semangat TFC.
Dalam perkembangan sama, Steinbruckner tidak menolak kemungkinan untuk mempertaruhkan Chukwu Chijioke dalam kebelasan utama untuk merobek pintu gol Selangor.
“Dia (Chijioke) sudah mencetak dua gol untuk skuad utama TFC termasuk mengalahkan Negeri Sembilan. Selain itu saya juga akan memberi fokus terhadap benteng pertahanan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source