Pemegang Lesen B1 & B2 Lebih 10 Tahun Layak Memohon Lesen B Penuh Mulai 1 Oktober – Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Pemegang Lesen Memandu (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh bermula 1 Oktober akan datang.
Bagaimanapun, pemohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan. Antaranya adalah menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
Pemohon juga akan menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.
Melalui program amali itu, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
Bebas daripada senarai hitam, tunggakan saman…
Tambahnya, pegesahan itu sangat penting bagi memastikan tahap kompetensi dan keupayaan seseorang untuk mengendalikan motosikal berkuasa besar sekaligus untuk meningkatkan tahap keselamatan pemanduannya.
Syarat lain ialah pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Pemohon perlu membuat pengesahan sihat tubuh badan, fizikal dan minda secara deklarasi kendiri.
Anthony juga berkata, program khas peralihan itu tidak mempunyai tempoh masa tamat dan akan diteruskan sehingga satu tempoh yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian,
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source