Tinggalkan parti, UMNO mulakan tuntutan ganti rugi RM100 juta
KUALA LUMPUR – UMNO akan memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta terhadap wakil rakyat yang membelakangi pendirian parti itu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dipersetujui semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam mesyuarat yang berlangsung di Menara Dato Onn, malam tadi.
“Mesyuarat telah mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut pampasan sebagaimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang meninggalkan pendirian parti,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Mesyuarat itu yang bermula sekitar pukul 8.30 malam tadi dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Terdahulu, media melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu, berkuat kuasa Jun tahun lalu.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan terhadap ADUN tersebut akan diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selain dibawa kepada MKT UMNO.
Dalam perkembangan berbeza, Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat turut memutuskan untuk seluruh Ahli MKT UMNO menyelaras gerak-kerja Barisan Nasional di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan pengosongan kerusi DUN Nenggiri selepas Mohd. Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan penamaan calon PRK DUN Nenggiri pada 3 Ogos manakala pengundian awal pada 3 Ogos dan hari pengundian pada 17 Ogos. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source