Tya Adnan Tampil Berniqab, Shukri Yahaya Sokong Isteri Jaga Aurat
Penampilan isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan tampil mengenakan niqab menjadi perhatian ramai di Instagram.
“Pernah Jadi Antara 10 Airport Terbaik Dunia, KLIA Sekarang Berada Paling Bawah”
Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia. KLIA meninggalkan jauh pesaing lain…
Memetik mStar Online, Shukri berkata isterinya sudah lama mengenakan niqab sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.
BACA: Peminat Shukri Yahaya Luah Hasrat Nak Bermadu Dengan Tya Adnan
“Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosialnya,” katanya.
Sementara itu, Shukri berkata isterinya tampil pertama kali berniqab secara terbuka ketika hadir sebuah acara bersama.
Tambahnya lagi, Shukri berkata dia melihat perubahan isterinya sebaik saja pulang dari umrah dan tidak jangka kekal hingga ke hari ini.
“Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksiat. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.
“Tapi rupanya tidak…dia terus berniqab sejak itu,” katanya.
Dalam pada itu, Shukri turut tumpang gembira dan menyokong perubahan isterinya itu dalam menjaga aurat.
“Sebagai suami, saya terima perubahan yang dari isteri saya. Saya bersyukur dapat isteri yang menjaga aurat,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source