Saya nak bertanggungjawab kerana agama – Hafiz Mahamad
PETALING JAYA – “Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini,” itu respons usahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad.
Kenyataannya itu dimuat naik pada media sosialnya selepas tular kembali video lamanya yang memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad, sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.
Hafiz berkata, dia memerlukan masa untuk mendapatkan pandangan daripada pakar berkaitan bagi mengelakkanya mengulangi kesilapan lama.
“Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya.
“Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini.
“Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik,” katanya hari ini.
Hari ini Kosmo! melaporkan, video memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad pernah dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga usahawan dan personaliti media sosial pada Mac lalu tular kembali, namun di luar negara sehingga didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.
Video tersebut dimuat oleh seorang pengguna X dipercayai didakwa di India dengan kapsyen menuduh wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Ia kemudian mengundang kembali kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap usahawan dan personaliti media sosial berkenaan.
Mac lalu Kosmo! melaporkan, tular video memperlihatkan lelaki tersebut yang terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada beberapa jemaah wanita yang dibawa bersamanya.
Sehubungan itu, rata-rata ramai mengecam tindakannya yang dikatakan hanya berbuat demikian semata-mata untuk ‘content’.
Perbuatan tersebut ditegur oleh ramai agamawan termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menjelaskan, hukum mencium hajar aswad adalah haram sekiranya ia menyebabkan masalah dan membahayakan diri sendiri atau orang lain.
Kemudian, Hafiz tampil menerusi video dan mendedahkan bahawa, tujuan berkongsi video membantu beberapa wanita mencium hajar aswad hanyalah untuk kenangan bersama pasukannya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source