Dua beranak disyaki terlibat keluarkan pas lawatan IMM13 ditahan SPRM
SANDAKAN – Dua beranak direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki terlibat dalam pengeluaran pas lawatan IMM13 yang didalangi beberapa petugas sebuah agensi penguat kuasa di daerah ini.
Perintah reman terhadap ibu dan anak yang masing-masing berusia 50-an dan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Marilyn Kelvin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi tadi.
Menurut sumber, suspek pertama bersama anak perempuannya ditahan kira-kira pukul 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.
“Kedua-dua ibu dan anak ini dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam menguruskan lanjutan permohonan pas lawatan IMM 13 kepada pelarian dari Filipina yang datang berlindung di Sabah akibat pergolakan sekitar awal 1970-an.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak tahun 2022 dan ia melibatkan wang rasuah berjumlah kira-kira RM20,000,” katanya.
Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dibuat susulan penahanan tersebut.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source