Hotel, restoran di Pahang naikkan harga paling tinggi di Malaysia
PETALING JAYA – Hotel serta rangkaian restoran di negeri Pahang menjadi negeri tertinggi menaikkan harga perkhidmatan mereka serta mengalahkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua.
Menerusi satu perkongsian yang dilakukan oleh laman Facebook Kuantan Development News, negeri tersebut berada di tangga pertama mengenakan kenaikkan paling tinggi terhadap perkhidmatan mereka iaitu sebanyak 7.1 peratus.
Malah, Pahang telah mengatasi tiga negeri di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua dengan kenaikkan 6.9 peratus, Putrajaya (6.2 peratus) dan Selangor ditangga keempat dengan kenaikkan sebanyak 6.2 peratus.
Bagi beberapa negeri lain termasuk Perak, Johor, Sabah, Labuan, Sarawak serta Pulau Pinang, statistik menunjukkan enam negeri tersebut turut melalukan kenaikkan harga perkhidmatan, namun peratus kenaikkan tidak melebehi enam peratus.
Manakala lima lagi negeri iaitu Terengganu, Kedah, Melaka dan Kelantan telah melakukan kenaikkan harga atas tiga peratus dan tidak melebihi empat peratus kenaikkan.
Dalam pada itu, Negeri Sembilan menjadi negeri paling rendah kadar kenaikkan harga perkhidmatan mereka dengan hanya mencatatkan 2.6 peratus. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source