Ramai tulis doa di Instagram penulis surat layang kes Zulfarhan
PETALING JAYA – “Terbaca surat yang dia tulis, terima kasih orang baik. Sangat terharu baca.”
Itu antara ucapan terima kasih orang ramai kepada individu yang bertanggungjawab menulis dua surat layang untuk memberitahu pihak atasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), bahawa Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah didera oleh rakan-rakannya.
Media sosial dipercayai milik bekas pelajar UPNM yang juga sahabat Zulfarhan itu mula dihujani ucapan berkenaan selepas salah seorang pengguna TikTok berkongsi tentang maklumat akaun Instagramnya.
Menerusi tinjauan Kosmo! di akaun Instagram tersebut mendapati, individu berkenaan telah menamatkan pelajaran di sebuah kolej ketenteraan di luar negara pada Jun 2021 lalu, berdasarkan sekeping gambar dan maklumat yang dikongsikan.
Selain itu, pemiliknya juga dilihat berkongsi, sudah mendirikan rumah tangga tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Orang ramai berlumba-lumba menzahirkan rasa terharu dan bangga selain mendoakan individu berkenaan dikurniakan keturunan yang baik-baik.
Malah, ada juga yang inginkan kepastian sama ada akaun berkenaan benar-benar milik penulis surat layang yang dimaksudkan.
“Salam dik nak tanya sikit, adik ke yang hantar surat layang tu untuk arwah Zulfarhan? Ya Allah,” soal @fatingorgeous.
“Saya pun nak tahu, banyak komen di TikTok nama Instagram ni. Agaknya dia la kot. Terima kasih anda seorang yang hebat, juga punya orang tua terbaik,” tulis @dheos_rose.
“Terbaca surat yang dia tulis, terima kasih orang baik. Sangat terharu baca,” kata @haziqcorn.
“Terima kasih bang atas surat layang tu. Semoga abang dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya,” ucap @mnsyaxmi_99.
“Terima kasih jadi orang yang berperikemanusiaan. Akak doakan awak dalam lindungan-Nya selalu,” ujar @tastyliciousby_sskitchen. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source