Pencemaran LRA: 2 individu ditahan bantu sisatan
PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan dua individu bagi membantu siasatan insiden pencemaran bau dan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1), SSP2 dan SSP3, semalam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, penahanan dua individu itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024).
Katanya, JAS telah menjalankan siasatan ke sebuah premis yang disyaki memproses bahan acrylic di Kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, Rawang, Selangor.
“Hasil pemeriksaan mendapati punca pencemaran bau adalah akibat kebocoran bahan kimia dikenali sebagai Poly Metha Acrylic Acid (PMAA) daripada tangki penstoran yang merupakan produk yang dihasilkan oleh premis tersebut berbentuk cecair.
“Tumpahan produk tersebut akhirnya melimpah ke longkang premis bersebelahan sehingga ke longkang jalan besar dan seterusnya ke Sungai Kuang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, aliran Sungai Kuang akan memasuki Sungai Kundang kemudiannya ke Sungai Sembah dan seterusnya memasuki Sungai Selangor.
“Kebocoran bahan kimia tersebut telah menyebabkan pelepasan bau kerana ciri-ciri bahan kimia PMAA yang berbau kuat dan tengit.
“Arahan serta merta telah dikeluarkan oleh pihak JAS kepada pengusaha premis untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dalam premis, kawasan longkang dan anak sungai yang terkesan dan kerja-kerja tersebut telah selesai pada petang semalam oleh kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan.
“Sebanyak tiga sampel bahan bukti turut diambil dan sudah dikemukakan ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian penentuan komposisi dan pemadanan,” ujarnya.
Wan Abdul Latiff berkata, kawasan operasi premis beserta peralatan kelengkapan proses telah disita oleh pihaknya melalui pengeluaran notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di Bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sehingga siasatan selesai.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source