Pak Ya Bakal Jadi Mutawif, Cari Kerjaya Dekat Dengan Allah
Pelawak Ilya Senario atau lebih dikenali sebagai Pak Ya memberitahu dia bakal beralih bidang menjadi seorang mutawif tidak lama lagi selepas hampir 30 tahun berada dalam industri hiburan.
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
Memetik mStar Online, Pak Ya berkata dia sudah lama menyimpan impian menjadi seorang mutawif namun rezeki belum kesempaian kerana jadual kerja seninya yang padat.
“Penghujung usia saya, saya teringin nak cari kerjaya yang lebih mendekatkan diri kepada Allah kepada agama. Kemungkinan saya akan berubah angin, saya mungkin menjadi mutawif ataupun pemimpin untuk umrah dan haji. Sekarang ni saya tengah berkursus untuk menjadi mutawif.
“InsyaAllah pada bulan 12 ni, saya akan ada trip pertama bersama syarikat yang dah stabil dan selepas ini saya akan bersama bekerja dengan syarikat tersebut sebagai mutawif,” katanya.
Sementara itu, Pak Ya berkata dia sudah lama memikirkan tentang perkara itu dan apabila mendapat peluang mungkin sudah tiba masanya. Tambahnya lagi, dia sudah mengikuti kursus untuk menjadi mutawif selama tiga bulan.
“Dah fikir lama ni, tapi peluang tu takde kan. Tapi bila dapat peluang ni, terus ok ini kali jadilah dan saya fikir sampai bila saya nak naik pentas, sampai bila saya nak melawak kan.
“Mungkin saya masih berlawak tapi dengan cara yang berbeza dengan kumpulan yang berbeza. Sambil saya bekerja sambil saya beribadah,” katanya.
Dalam pada itu, Pak Ya berkata dia terbuka hati untuk menjadi mutawif memandangkan dia dan isteri suka menggembara. Baginya, Mekah dan Madinah antara tempat yang tenang dan siapa yang kesana pasti akan rasa rindu.
“Saya dan isteri saya suka travel. Antara tempat yang saya pernah pergi dan saya rasa best adalah Mekah dan Madinah
“Orang Islam kalau pernah pergi dia akan rasa rindu. tempat tu adalah satu tempat yang tenang, why not saya mulakan kerjaya saya ulang alik Malaysia dan ke sana. Sambil bekerja sambil dapat pahala. Sebenarnya dah lama sya fikir tapi takde peluang,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source