Datuk Red, Adira Rancang Kahwin Aidilfitri Tahun Depan
Usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang mengesahkan sedang dalam fasa percintaan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi selepas sah bercerai pada April lalu.
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
Memetik Harian Metro, Datuk Red berkata hidupnya kini bahagia dan menyifatkan perpisahan yang berlaku mengajar dirinya untuk memperbaiki hubungan rumah tangga.
BACA: Adira Beri Peluang Kedua Buat Datuk Red, Terharu Lihat Kegigihan Lepas Berpisah
“Hidup saya lebih indah sekarang. Saya tak berhenti tersenyum bahagia, Alhamdulillah. Perpisahan yang berlaku mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Adira nampak segala perubahan yang cuba saya lakukan sepanjang dalam tempoh perceraian ini,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata dia sudah pun bertemu dengan keluarga Adira dan merancang untuk berkahwin dengan bekas isterinya itu pada Aidilfitri tahun depan.
“Saya sudah berbincang dengan keluarga dan adik-beradiknya, mereka bersetuju untuk kami kembali bersama. Jika tiada aral melintang, saya akan memperisterikan semula Adira pada Aidilfitri tahun depan. Saya ambil masa ini kerana nak selesaikan hutang-hutang saya dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata kesal apabila ada pihak mendakwa dia sengaja mahu menyingkirkan bekas isteri pertamanya dikenali Datin Red sebaliknya sebelum ini dia meminta dua bekas isteri untuk bersamanya semula.
“Mereka tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga saya sedangkan dalam tempoh idah sebelum ini saya membuka peluang kepada kedua-dua bekas isteri untuk bersama dengan saya semula.
“Kalau nak singkirkan bekas isteri pertama buat apa saya nak beri peluang itu. Tapi hanya Adira terbuka hati untuk bersama saya semula.
“Lagipun bukan saya yang nak bercerai, sebaliknya kedua-dua bekas isteri yang memfailkan perceraian dan saya akur dengan keputusan yang mereka lakukan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source