Wanita Tergamak Fitnah Arwah Nur Farah Kartini Hamil Anak Luar Nikah, Keluarga Tuntut Permohonan Maaf – “Kami Sangat Terkesan…”
Kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini baru-baru ini menggemparkan satu negara dan ia menjadi bualan hangat terutamanya apabila suspek kes merupakan seorang anggota polis.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci dan jenazah arwah juga telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang pada petang Khamis.
Sudah tentu ahli keluarga masih berduka dengan pemergian arwah apatah lagi dengan cara yang kejam namun muncul pula satu komen daripada seorang individu di media sosial yang langsung tidak sensitif.
Menerusi TikTok, seorang wanita tergamak membuat andaian melulu dan memfitnah arwah dengan mengatakan Nur Farah Kartini mempunyai hubungan sulit bersama suspek sehingga hamil anak luar nikah.
Teman lelaki dia tu polis dan suami orang. Lelaki itu tak nak bertanggungjawab ke atas Farah sebab mengandung.
Ahli keluarga arwah yang menyedari tentang komen itu kemudian menggesa agar wanita terbabit membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.
Saya adik ipar kepada abang mangsa. Mohon pertolongan untuk sampaikan kepada Nor Fatihah Idris untuk buat permohonan maaf secara peribadi dan terus kepada abang serta keluarga mangsa.
Tambahnya, keluarga sanagt terkesan dengan kenyataan tersebut dan meminta wanita berkenaan untuk menghubungi ahli keluarga secara peribadi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source