[VIDEO] ‘Anak lemas nanti, menyesal tak berguna’
PETALING JAYA – Tindakan segelintir orang ramai terutama ibu bapa yang ‘selamba’ membiarkan anak mereka bermain ombak kuat di Pantai Teluk Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang mengundang kemarahan orang ramai.
Menerusi video dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negara (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz mendapati, ombak kuat di pantai tersebut, namun masih terdapat pengunjung yang degil tidak mengendahkan keselamatan.
Berikutan itu, beliau turut memberi amaran kepada pengunjung supaya tidak mandi di pantai tersebut susulan keadaan yang tidak mengizinkan.
“Amaran merah, diminta semua pengunjung Pantai Teluk Bayu dan Tanjung Asam tidak mandi-manda di laut ketika ini. Angin dan ombak yang amat kuat.
“Situasi begini amat berbahaya dan boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya pada hantaran itu petang tadi.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook berkongsi video pada bahagian komen serta memaklumkan, pihak polis telah datang ke pantai tersebut serta melarang orang ramai mandi di situ.
“Terbaik YB cepat, sebelum apa-apa kemalangan jiwa, ‘minta simpang’. Polis pun sampai dah,” kata Abdul Matiin.
Sementara itu, orang ramai juga meninggalkan komen meminta ibu bapa sentiasa prihatin dengan keadaan bahaya tersebut.
“Dah nampak ombak tinggi, tak mahu keluar dari air lagi. Emak bapa tolong jaga anak-anak tu. Menyesal kemudian tak berguna,” kata seorang pengguna Facebook.
“Ya Allah, boleh dok mandi ‘relax’ lagi satgi kang dah hanyut baru kalut. Jangan pentang diri boleh tak,” kata individu lain dengan loghat utara. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source