Tumpu pembangunan ekonomi, kita akan berjaya – PM
PETALING JAYA – Negara berjaya memecah ‘tembok kerunsingan’ dengan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.8 peratus bagi suku kedua tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertumbuhan itu merupakan angka yang luar biasa serta luar daripada unjuran yang dikemukakan semua pihak.
Menurutnya, ia juga selari dengan aspirasi ekonomi Madani yang menjanjikan peluang pekerjaan, latihan dan pemindahan teknologi ke arah digital yang lebih baik.
“Terima kasih kepada profesional dan pelabur. Ini akan memberikan kesempatan kepada kita untuk bangkit sebagai negara gagah.
“Saya yakin dengan kerjasama dan tumpuan kepada pembangunan ekonomi, kita akan berjaya,” katanya dalam menerusi sebuah video dimuat naik di Facebook, hari ini.
Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024.
Peratusan itu sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 4.2 pada suku sebelumnyya dan merupakan pertumbuhan tertinggi sejak suku kedua 2022 iaitu 7.4 peratus. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source