Siku emas Rifdean tumbangkan Petaek
KUALA LUMPUR – Jaguh muaythai negara, Rifdean Masdor terus melakukan kejutan di ONE Championship apabila melakar kemenangan kedua berturut-turut sejurus menumbangkan wakil tuan rumah dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum, hari ini.
Pada perlawanan tersebut, Rifdean turun dengan aksi cukup agresif dan hanya memerlukan pusingan pertama untuk menumbangkan lawannya itu dalam pertarungan ONE Friday Fights 71 di Stadium Tinju Lumpinee menerusi kemenangan Technical Knockout (TKO).
Kemenangan itu membolehkan Rifdean yang mewakili pasukan Sor Sommai membawa pulang bonus sebanyak 350,000 baht (RM58,055).
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada promoter saya Sor Sommai kerana memberikan saya peluang untuk bertarung di sini.
“Terima kasih juga kepada jurulatih saya, Bernard Radin dan keluarga saya yang hadir menyaksikan perlawanan saya di sini,” kata Rifdean yang pernah tiga kali muncul juara dunia kategori umur bawah 23 tahun.
Pada perlawanan tersebut, Rifdean tidak gentar sewaktu berdepan lawan dari Thailand itu apabila melepaskan tumbukan serta siku bertubi-tubi ke muka lawannya itu.
Strategi yang dibawa Rifdean ternyata menyukarkan lawannya menahan asakan sebelum tumbang kira-kira 18 saat terakhir di pusingan pertama sekali gus mencatat kemenangan menerusi keputusan TKO.
Pada Mac lalu, petinju berusia 21 tahun itu melakar kejutan selepas hanya memerlukan satu minit 18 saat untuk menumbangkan lawannya ketika penampilan pertama yang juga dari Thailand, Pichai Lookbanmai dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 menerusi TKO. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source