Piala FA: JDT menang tipis, ditentang hebat KDA FC
ALOR SETAR – Jaguh selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berdepan tentangan hebat sebelum mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.
Gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-23 menerusi Oscar Arribas. Pemain sayap lincah itu bijak melepasi perangkap ofsaid untuk menerima hantaran Heberty Fernandes, sebelum menolak bola melepasi celah kelangkang penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al Hafiz bagi meletakkan JDT di depan.
Gawang Sang Kenari kemudiannya bocor lagi pada minit ke-31 hasil percubaan dilakukan Bergson. Gol itu bagaimanapun dibatalkan setelah semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati penyerang dari Brazil itu terlebih dulu berada dalam kedudukan ofsaid.
Pada minit ke-87, Stadium Darul Aman yang dipenuhi 22,500 penonton bergema apabila KDA FC menyamakan kedudukan menerusi Habib Haroon. Segalanya bermula apabila tandukan Assifuah gagal ditampan kemas Syihan, menyebabkan bola bergolek ke arah Habib yang terus menolak bola ke gawang.
Harapan tuan rumah untuk sekurang-kurangnya seri berkecai apabila Romel Morales menghulurkan kakinya seminit sebelum perlawanan tamat, untuk menyambut bola tandukan rakan sepasukan bagi membolehkan JDT menang 2-1. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source