RUU Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dibentang di Parlimen
KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, perkara utama dalam pindaan itu adalah waktu bekerja dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu.
Kata beliau, perkara utama lain adalah berkenaan peruntukan baharu tentang aturan kerja anjal, aduan diskriminasi di tempat pekerjaan dan aduan buruh paksa.
“Tempoh cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari, manakal cuti paterniti yang tidak diperuntukkan sebelum ini kini diberi kepada bapa sebanyak tujuh hari.
“Liputan pemakaian ordinan diperluaskan daripada pekerja bergaji RM2,500 ke bawah kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji atau jenis pekerjaan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Steven Sim berkata, perkara utama lain yang terkandung dalam pindaan itu adalah penambahan Bab baharu iaitu Bab IIB tentang gangguan seksual.
Tambah beliau, turut terkandung adalah penambahan Bahagian Baharu IVA untuk perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja dengan mengadaptasi Akta 446.
Terdahulu, katanya, pindaan bersejarah itu merupakan usaha hampir 20 tahun menyeragamkan hak dan perlindungan pekerja di Sabah dengan pekerja di Semenanjung Malaysia.
Justeru, katanya, Kesuma merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sabah atas kerjasama demi kepentingan 2.06 juta pekerja dan 187,365 majikan di Sabah.
Selain itu, kata beliau, pindaan penyeragaman Ordinan Buruh (Sarawak Bab76) dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265) juga telah mendapat persetujuan kerajaan Sarawak.
Menurut beliau, usaha itu kini dalam proses perincian draf RUU dan pindaan ordinan buruh Sarawak dijangka akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
“Kesuma yakin bahawa pindaan kedua-dua ordinan ini akan memberi kesan positif yang besar kepada kebajikan dan hak-hak pekerja di Sabah dan Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source