Jiwa mati sebelum ajal, dibuli hanya kerana seorang lelaki lembut
PETALING JAYA – Seolah-olah sudah mati jiwa sebelum ajal, seorang lelaki kini menderita sakit mental berpunca daripada dibuli kerana berperwatakan lembut.
Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki yang mahu dikenali Amir berkata, sengsara saudaranya bermula apabila pembuli bertindak ‘menggodam’ telefon lelaki itu dan menyebarkan perihal dirinya kepada umum sehingga mangsa digelar gila.
Bercerita lanjut, katanya, pembuli merupakan rakan satu institusi pengajian, lelaki berkenaan telah menyebarkan segala perbualan di dalam group WhatsApp keluarga sehingga dijadikan bahan ketawa di dalam kelas.
“Pembuli itu merakam setiap tindak tanduk saudara dan disebar dalam ‘group WhatsApp’ kelas.
“Apabila mangsa dibuang daripada institut pengajian tersebut, pembuli hasut dan burukkan mangsa kepada orang kampung sehingga dituduh ‘mental illness’, tiada siapa mahu ‘backup’ dan dipercaya hanya kerana dia seorang lelaki lembut,” katanya.
Tambah Amir, saudaranya mempunyai ciri-ciri feminin namun dia sebenarnya lelaki dan akibat sering dimalukan, mangsa berubah menjadi ‘jiwa kacau’ sehingga hampir mendatangkan kecederaan kepada ibu bapa sendiri akibat tekanan yang ditanggung.
“Bila bercakap sikit dia akan jadi cepat ‘triggered’ (terkesan), mungkin ada ayat-ayat yang buat dia teringat semula memori lama semasa dibuli waktu belajar dahulu.
“Jauh beza diri dia yang sekarang dengan dulu. Motosikal lalu depan rumah pun dia teriak-teriak sampai kejar bawa kayu nak pukul. ‘Parents’ dia dah putus asa bila tengok anaknya jadi begitu. Sikap lembutnya yang dulu juga telah berubah jadi panas baran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source