Amsyar sudah sedar, ibu masih ditidurkan
KANGAR – Kanak-kanak mangsa kemalangan jalan raya di Kampung Permatang Bongor, Jalan Kangar-Alor Setar, Simpang Empat, dekat sini telah sedar manakala ibunya masih ditidurkan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, keadaan Muhammad Amsyar Mohd. Nur Afifi, 2, semakin baik.
“Saya dimaklumkan kanak-kanak lelaki itu telah sedar dan ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan lanjut.
“Walau bagaimanapun, ibunya, Nor Irma Wani Yaacob, 35, masih ditidurkan dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) HTF,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kosmo! pada 9 Julai lalu melaporkan keadaan dua beranak itu kritikal dan ditidurkan di ICU HTF selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai dalam ke jalan raya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang pada 7 Julai itu, kereta jenis Proton Persona dipandu Mohd Nor Afifi Bakar, 31, dalam perjalanan ke arah Simpang Empat dari arah Pokok Sena.
Tindakan pantas orang kampung berjaya mengeluarkan Nor Irma Wani dan Muhammad Amsyar yang terperangkap di dalam kereta tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source