Lelaki Cerita Pengalaman Hitam Diculik Rakannya Sendiri Di Bangkok & Diugut Bayar RM50,000
Seorang lelaki menceritakan pengalaman pahitnya jatuh ke dalam perangkap rakan lamanya yang mempelawa untuk bercuti bersama-sama ke Bangkok, Thailand dengan semua perbelanjaan ditanggung.
Menurut lelaki berusia 37 tahun bernama Law, dia telah diculik dan dalang di sebaliknya adalah rakannya itu sendiri.
Dia jemput saya makan, katanya dia belanja. Kemudian, dia ajak saya ke Bangkok untuk festival agama dan bercuti, dan yang paling best, katanya semua perbelanjaan ditanggung.
Menerusi satu video, Law menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada Mei lalu sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang di Bangkok.
Katanya, dia telah dibawa oleh rakannya ke dalam sebuah kereta namun kemudian pengsan selepas meminum sebotol air kosong.
Saya nampak 4 lelaki dari China dan seorang lelaki Malaysia. Salah seorang daripada mereka meminta RM50,000.
Cerita Law, ketika diculik itu dia telah dipukul dengan kayu dan batang besi sepanjang masa menyebabkannya mengalami luka di leher dan lengan.
Tidak menceritakan bagaimana dia berjaya melarikan diri namun kata Law dia telah berjumpa dengan askar Burma yang membantunya.
Saya jumpa seorang askar Burma yang boleh bercakap BM. Dia melindungi saya selama 2 minggu sebelum saya dibawa pulang oleh wakil-wakil daripada Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO).
Apabila sudah diselamatkan dan tiba di Kuala Lumpur, Law berkata dia ada mencuba untuk menghubungi rakannya itu namun nombor tersebut sudah tidak berfungsi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source