Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
PETALING JAYA – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan privasi peribadi berkaitan perkahwinan baginda kelak.
Ini kerana titah Tengku Hassanal, pilihan hidup yang penting seperti itu harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi baginda.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati,” titahnya di laman Instagram.
Bagaimanapun titah Tengku Hassanal, ketika ini baginda komited mahu berkhidmat kepada Raja dan negeri.
“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
“Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,”titahnya.
Sebelum ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memohon mendoakan anakanda baginda Tengku Hassanal segera mendirikan rumah tangga.
Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 6 Mei lalu.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source