Puteri Sarah Dapat Anugerah Khas Ikon Ibu Tunggal
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendapat pengiktirafan apabila diberikan anugerah khas pada Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana baru- baru ini.
Memetik Malaysia Gazette, Puteri Sarah dipilih menjadi ikon ibu tunggal yang memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana.
BACA: Puteri Sarah Ditawar RM15,000 Jadi ‘Peneman’ VIP
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata kandungan dihasilkan ibu kepada dua cahaya mata itu tular serta mendapat jutaan tontonan dan memberi impak baik dari segi kekeluargaan.
“Puteri Sarah mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya apabila menyumbang kepada peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama syarikat.
“Kandungan viral dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Dalam pada itu, Hana berkata majlis tersebut diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
SUMBER: Malaysia Gazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source