Prebet Muhammad Syafiq sangka hilang dua hari sahaja
MIRI – Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim cuma mengatakan dirinya hilang selama dua hari sahaja, sedangkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa yang begitu panjang untuk menemuinya.
Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Muhammad Syafiq ketika ditemu ramah selepas dijumpai selamat pada 6 Julai lalu setelah dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op UKUR di Limbang pada 18 Jun lepas.
Menjelas lanjut, beliau berkata Muhammad Syafiq juga berusaha mencari kembali pasukan dengan menyusuri jalan yang dilalui sebelum itu tetapi gagal, membuatkannya perlu bertahan sendiri.
“Dalam tempoh lebih kurang dua hari, dia cuba berjalan menyusuri sungai-sungai dan tanda-tanda yang ada untuk kembali kepada pasukan.
“Pada hari kita jumpa itu, dia nampak khemah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan soalan pertama dia adalah ‘ini askar Brunei ke’ sebab dia takut mungkin telah sesat ke Brunei,” katanya pada sidang media Wisma Perwira Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri, hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain juga tidak menafikan kehilangan Muhammad Syafiq ada kaitan dengan perkara mistik.
“Realitinya, kita tidak boleh menafikan perkara mistik walau macam mana canggih kita dalam teknologi…mistik sentiasa ada cuma sukar untuk kita buktikan.
“Sebab itulah dalam pencarian, kita juga menggunakan cara tradisional iaitu bantuan daripada Ustaz dan pengamal-pengamal perubatan setempat yang mungkin lebih faham dengan keadaan di situ. Penduduk tempatan juga membantu dan mereka tahu kawasan tersebut agak keras,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata keadaan fizikal, mental dan rohani Muhammad Syafiq kini dalam keadaan stabil dan normal. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source