Paulo Josue belum terima gaji tahun ini
KUALA LUMPUR – Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue mengakui Kuala Lumpur City masih lagi berhutang dengannya apabila belum menerima gaji sejak Januari lalu.
Dikatakan kali terakhir pemain kelahiran Brazil itu terima gaji adalah pada Disember tahun lalu dan kini hanya meneruskan kehidupan berbekalkan wang simpanan.
“Ada pemain Kuala Lumpur City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu namun situasi terbabit tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar pada Disember tahun lalu.
“Saya pernah berbincang bersama pengurusan KL City dan mereka berjanji untuk buat bayaran setengah bulan. Namun itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya.
“Ramai bertanya, sudah tujuh bulan (gaji tertunggak) mengapa masih bersama KL City lagi? Saya kekal kerana sayangkan pasukan dan sememangnya menyayangi karier sebagai pemain bola sepak profesional,” katanya yang dipetik menerusi satu laporan media tempatan.
Isu tunggakan gaji KL City bukan perkara baharu kerana sebelum ini kelab itu pernah dihimpit masalah sama.
Bagaimanapun, pengakui Josue kali ini agak mengejutkan kerana sebelum ini KL City dilaporkan sudah pun berjaya melunaskan tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source