Suspek rentung miliki rekod jenayah, dua polis stabil
MUAR – Suspek yang rentung dalam kereta terbabas ketika cubaan melarikan diri daripada polis mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek pernah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman berkaitan jenayah dan dia turut dikehendaki polis dalam kes dadah.
“Suspek tersebut pernah didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
“Dua anggota polis yang cedera parah dalam kemalangan berkenaan, Koperal Muhd Kasbi Muharuddin, 40, dan Koperal Mohd Sofian Hamzah, 41, berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.
“Kebajikan dan bantuan diberikan keutamaan kepada dua anggota terbabit dan keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam Kosmo! melaporkan dua orang anggota polis cedera parah manakala seorang suspek rentung dalam kemalangan sewaktu usaha anggota polis berkenaan menahan suspek di Jalan Benteng, Parit Kongsi 4, Parit Jawa, Muar pada pukul 4 pagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source