PRK Sungai Bakap: Keputusan ini terjemahan suara rakyat – Kon Yeow
SEBERANG PERAI – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap merupakan terjemahan suara rakyat.
Kon Yeow berkata, pihaknya menerima keputusan pilihan raya itu dan menganggapnya sebagai suara rakyat terhadap situasi politik di Sungai Bakap.
“Keputusan ini adalah satu terjemahan suara rakyat terhadap apa yang berlaku di sini dan Perpaduan akan melakukan “post-mortem” terhadap keputusan ini.
“Pada masa sama juga akan meneliti gerak kerja sepanjang kempen ini, sebab apa yang berkaitan, kelemahan,kekuatan atau sebab musabab perolehan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Penjumlahan Undi bagi PH di Bukit Jawi Golf Resort, Sungai Bakap, malam tadi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PN memenangi PRK DUN Sungai Bakap setakat pukul 8.15 malam tadi dengan Calon PH, Dr. Joohari Ariffin memperoleh 10,285 undi, manakala Abidin Ismail daripada PN memperoleh 14,554 undi.
Abidin atau lebih dikenali sebagai Abang Bidin menang dengan majoriti 4,269 undi pada PRK kali ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source