“Jangan Tanya Lagi Soal Cinta, Kahwin”
Pelakon Sophia Albarakbah berharap mereka diluar sana tidak lagi bertanyakan soalan mengenai hubungan dan bila dia akan berkahwin selepas melalui fasa putus cinta dengan lelaki dikenali Mr. Doktor sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Sophia menjawab persoalan netizen yang bertanyakan sama ada dia masih bersama jejaka itu atau tidak.
BACA: Sophia Albarakbah Enggan Jawab Kalau Pasal Aliff Aziz
“Saya kerap dapat pertanyaan berhubung hal ini dan kali ini akan jelaskannya. Kami tidak lagi bersama tetapi tetap berkawan rapat.
“Saya tidak pernah menghakimi pilihan hidupnya ditambah pula kami mempunyai pandangan dan keperluan hidup berbeza. Dia adalah individu yang baik dan kami memilih untuk kekal berkawan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sophia berkata dia kini sedang perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan keutamaannya kini adalah kerjaya, dirinya dan keluarga.
“Saya juga pernah melakukan kesilapan dan sedang perbaiki diri malah turut berdoa dia juga menjadi orang yang lebih baik. Harapnya, tiada lagi pertanyaan tentang hubungan atau bila hendak kahwin selepas ini.
“Terima kasih atas semua keprihatinan anda. Buat masa ini, keutamaan saya adalah kerjaya, diri sendiri dan orang lain termasuk keluarga serta kawan yang telah membantu saya sembuh,” tulisnya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source