Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang & Kelakar
Pelakon Sophia Albarakbah dilihat ada berkongsikan ciri-ciri lelaki idamannya iaitu seorang yang kelakar serta jujur dan setia dalam hubungan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Sophia dilihat menjawab pertanyaan netizen yang mengatakan dia sukakan lelaki kelakar dan dia mengakuinya.
BACA: Sophia Albarakbah Enggan Jawab Kalau Pasal Aliff Aziz
Menurut Sophia lagi, dia mahukan lelaki yang ikhlas sayangkan dirinya, penyayang, bijak, matang, memahami, tidak baran, romantik dan sentiasa menyokongnya.
“Saya suka lelaki kelakar, tapi lagi suka kalau dia bukan penipu, tak curang.. Melindungi dan ikhlas menyayangi saya, bijak, matang, bertanggungjawab, memahami, tak baran, cakap lembut, romantik, menyokong dan mempertahankan saya,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai statusnya kini, Sophia mengakui trauma untuk kembali menjalin hubungan cinta.
“Saya trauma, biarkan saya sendiri,” tulisnya.
Pada April lalu, kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine memuat naik status mendakwa Sophia masih lagi berhubung dengan Aliff meskipun sebelum mengakui sudah menamatkan hubungan mereka.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source