(VIDEO) “Papa Sayang Adik, Aslam & Umisya” – Ucapan Norman Hakim Untuk Hari Lahir Marissa Dania
Pelakon Norman Hakim memberikan ucapan panjang sempena ulang tahun kelahiran puterinya, Marissa Dania yang ke-19 dan telah mendapat perhatian ramai pengikut.
Menerusi Instagram, aktor itu mengimbau kenangan ketika dia menerima nota daripada Marissa ketika umurnya 10 tahun.
9 tahun yang lepas, papa dapat ‘surat cinta’ dari adik. Surat yang comel sangat sangat. Bukan setakat comel, tapi sangat mendalam segala maksud yang tersirat walau dicoret oleh anak yang berusia 10 tahun.
Bukan itu sahaja, Norman turut teringat tentang peristiwa menyambut kelahiran Marissa sendiri di dalam kereta ketika dia dan bekas isteri, aktres Abby Abadi sedang dalam perjalanan ke hospital.
Tak sempat bawa mama sampai klinik, adik dah tak sabar nak keluar. Nampak je muka adik, terus lenyap panik papa.Terus hilang sakit Mama bertarung nyawa lahirkan adik.
Sayang suami dan madu Marissa
Dalam pada itu, Norman turut meluahkan rasa sayangkan terhadap suami Marissa iaitu Aslam dan madu anaknya itu, Umisya. Dia juga akui akan terus mendoakan mereka bertiga.
Papa sayang adik, sayang Aslam & sayang Umisya. Semua anak-anak papa jugak. Ujian hidup kita berbeza. Doa papa buat kalian tak pernah putus.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source