Tuah berpihak kepada Perancis untuk ‘lukakan’ Belgium
DUSSELDORF – Misi Perancis menamat penantian 24 tahun untuk bergelar juara Eropah semakin hampir apabila mara ke suku akhir selepas singkirkan Belgium 1-0 pada aksi 16 terbaik, sebentar tadi.
Aspek serangan masih lagi menjadi masalah buat Les Bleus selepas dilihat mempersiakan deretan peluang terbaik dan kejayaan kali ini seakan lebih berpaksikan kepada nasib.
Bagaimanapun, pengendali Perancis, Didier Deschamps harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Mike Maignan yang bertindak tangkas menepis beberapa percubaan bahaya pemain lawan.
Perancis dilihat lebih bijak untuk mencari ruang dan memonopoli permainan dengan baik namun tetap bergelut untuk cuba mencipta gerakan lebih merbahaya yang mampu menggugat barisan pertahanan Belgium.
Sepakan percuma Kevin De Bruyne pada minit ke-26 hampir membuahkan hasil namun Maignan masih berupaya melakukan tindakan balas pantas untuk menafikan hasrat Belgium memperoleh jaringan pembukaan.
Walaupun mempunyai satu peluang terbaik, kelibat De Bruyne di babak pertama agak ‘tenggelam’ dan dilihat tidak banyak terbabit dalam gerakan serangan yang diatur oleh Belgium
Skrip hampir sama terus disajikan oleh kedua-dua pasukan di babak kedua namun minit ke-61, tindakan pantas Theo Hernandez berjaya menyelamatkan Perancis apabila sempat menghulurkan kakinya untuk menghalang rembatan Yannick Carrasco.
Minit ke-85, kem Perancis akhirnya ceria apabila pemain gantiannya, Randal Kolo Muani segera menghadirkan impak selepas percubaanya terkena pertahanan Belgium, Jan Vertonghen yang turut mengelirukan penjaga gol, Koen Casteels. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source