Cari Pengganti Perkara Terakhir Dalam Fikiran
Pelakon Nora Danish terkejut apabila didakwa mengimpikan lelaki beriman sebagai pengganti selepas memuat naik video berkongsikan video kisah suami yang mahu isterinya taat dengan perintah Tuhan dengan mendirikan solat.
Menerusi video di TikTok, Nora berkata video tersebut hanyalah satu faham dan perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu apatah lagi dia baru bercerai dan masih dalam tempoh edah.
BACA: “Semoga Nora Danish Dapat Jodoh Yang Beriman” – Netizen
“Tidak, saya baru sahaja bercerai dan masih dalam iddah. Dakwaan begitu tidak adil dan boleh menimbulkan kesedihan sesetengah pihak.Saya pun tidak mencari suami dalam masa terdekat.
“Perceraian saya pun bukan sebab mahu mengahwini orang lain. Saya tidak mahu fikir tentang hal itu dan tak mahu orang berfikiran tentang itu (mahu cari suami soleh),” katanya.
Dalam pada itu, Nora turut menjelaskan imejnya yang kini berhijab adalah bagi memudahkan dia mengerjakan ibadah ketika menemani bekas suaminya di hospital.
“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana ramai yang mencetuskan tanda tanya.
“Seperti semua sedia maklum, Nedim sekarang di hospital dan saya menjaganya. Jadi, saya pakai pakaian yang senang untuk terus mengerjakan solat. Dalam masa sama, saya juga mengaji. Jadi, senang untuk memakai pakaian menutup aurat,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source