“Ramai Yang Kecam Kami..” – TheNoor Nafi Terlibat Dalam ‘Marketing’ L*cah Produk Neelofa
Syarikat aplikasi TheNoor menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dan membantah sebarang penggunaan imej berbaur lucah yang dikeluarkan jenama syarikat usahawan terkenal, Neelofa.
Maklum CEO bersama TheNoor, Mohd Izzairi Yamin, pihak mereka sama sekali tidak bersetuju dan mengecam tindakan penggunaan gambar ‘double meaning’ berunsur lucah yang menjadi tular tempoh hari.
Selaku CEO dan Co-Founder TheNoor saya tidak bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.
Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar-gambar tular yang tidak beretika. Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.
Pihak mereka juga mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran.
Izzairi juga memaklumkan pihak mereka komited untuk memastikan perkara itu tidak lagi berulang selain sedang menyelasaikan isu tersebut di peringkat dalaman.
Terdahulu, Nilofa Group yang merupakan syarikat kelolaan selebriti Neelofa telah mencetuskan kontroversi apabila mereka memuat naik beberapa foto seakan-akan kemaluan yang digunakan bagi promosi satu produk baru penjagaan wanita.
Ia menimbulkan kecaman memandangkan imej Neelofa yang berpurdah dan didakwa tidak sesuai untuk mempamerkan ‘marketing’ produk seakan-akan ‘soft porn’ seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source