“Haram Ni Awak..” – Kos Cecah RM8K, Shasha Abdul Aziz Dikritik Papar Buat Rawatan Tanam Benang Pada Wajah
Baru-baru ini, usahawan dan personaliti media sosial, Shasha Abdul Aziz raih perhatian ramai selepas memuat naik video dirinya membuat rawatan ‘tanam benang’ pada wajah.
Tanam benang di wajah
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Shasha berkongsikan perjalannya sepanjang melakukan prosedur tanam benang di wajah atas tujuan untuk meningkatkan kolagen pada wajahnya dan seluruh kos rawatan itu berjumlah RM7,888.
Katanya di kapsyen hantaran tersebut, prosedur tersebut sama sekali tidak melibatkan pembedahan, sebaliknya hanya guna seutas benang yang diserap ke dalam kulit wajah.
Dikritik netizen, haram disisi Islam
Namun begitu, hantaran tersebut raih perhatian warganet, di mana rata-rata mengkritik tindakan pempengaruh itu memaparkan prosedur yang haram di sisi Islam secara terang-terangan.
Sedar dikritik ramai, Shasha tampil pertahankan diri dengan memuat naik penjelasan berhubung proses tanam benang di wajah yang diambil dari laman web Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Prosedur menanam benang adalah diharuskan sekiranya untuk menghilangkan aib kerana kedutan yang berlebihan di wajahnya sehingga menampakkan lebih tua dan berusia daripada umurnya yang sebenar, untuk tujuan rawatan dan seumpamanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source