Remaja hilang di Rembau ditemukan di Dataran Merdeka
JEMPOL: Seorang remaja yang dilaporkan lari dari asrama sekolah harian di Rembau malam 9 Jun lalu, akhirnya ditemukan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, awal pagi kelmarin.
Pelajar tingkatan satu itu, Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam,13, ditemui genap 20 hari kehilangannya.
Anak sulung daripada empat beradik itu kini berada di kediaman keluarganya di Batu Kikir, di sini selepas dibawa pulang oleh bapanya kira-kira pukul 1 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed, remaja berkenaan ditemukan bapanya melalui maklumat daripada seorang lelaki yang memberikan pekerjaan menjual kek kepada remaja berkenaan pada 28 Jun lalu.
“Remaja hilang ini mahu mencari kerja dan bertemu dengan individu bernama Abang Beny sekitar pukul 3 petang. Abang Beny ini telah memberikan kerja dan pekerjanya telah membawa remaja ini ke Titiwangsa untuk menjual kek.
“Kira-kira pukul 1 pagi, pekerja telah membawa semula remaja hilang berkenaan ke Dataran Merdeka untuk Abang Beny serahkan kepada bapa remaja hilang berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ujar Shaik lagi, sepanjang kehilangan remaja berkenaan, dia dalam keadaan baik dan tidak dikurung atau dicederakan.
“Ayahnya akan pindahkan remaja itu ke sekolah berhampiran rumahnya di Jempol,” katanya.
Sementara itu, bapa remaja hilang berkenaan, Muhammad Addam Wahab, 30, menyatakan mendapat maklumat daripada kenalannya berhubung penemuan anaknya itu menerusi perkongsian di media sosial pemain bola sepak Kuching City, Joseph Kalang Tie.
“Setelah berhubung dengan beliau (Joseph), ternyata remaja itu adalah anak saya dan saya bergegas ke Kuala Lumpur dari Terengganu lalu mencarinya di kawasan Pudu, Chow Kit dan sekitarnya.
“Alhamdulillah, kami jumpa Danish di lokasi terakhir iaitu di Dataran Merdeka,” katanya sambil meluahkan kesyukuran Danish dalam keadaan sihat namun mengambil sedikit masa untuk menceritakan punca dia bertindak sedemikian (menghilangkan diri) susulan keadaannya sedikit keliru.
“Apa juga alasannya kami berlapang dada malah lega akhirnya Danish pulang kepangkuan keluarga. Terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyalurkan maklumat mengenai keberadaan Danish,” katanya yang memaklumkan ke Terengganu sebelum itu susulan Danish didakwa berada di sana.
Pada Rabu lalu, menerusi perkongsian Joseph, beliau terserempak dengan remaja terbabit ketika sedang melakukan senaman pagi bersama rakan sepasukan sebelum warganet memaklumkan remaja berkenaan merupakan individu yang hilang pada 9 Jun lalu.
Media sebelum ini melaporkan, `kehilangan’ Muhammad Danish disedari warden kira-kira pukul 11 malam, selepas mendapati pelajar itu tiada semasa sesi panggil nama pelajar asrama. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source