Bekas PA Aliff Syukri Menangis Di Mahkamah, Tiada Duit Nak Upah Peguam
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Melati Abdul Ghani merayu kepada hakim agar diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan khidmat peguam kerana tiada sumber kewangan yang mencukupi.
Memetik mStar Online, Melati diarah Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk melantik peguam dalam masa sebulan susulan permohonan prosiding komital yang difailkan oleh pasangan usahawan itu.
BACA: Menang Saman Fitnah, Aliff Syukri Nak Saman Balik Bekas PA
“Disebabkan saya tiada peguam hari ini, saya merayu dengan hakim beri tempoh sebulan untuk mencari peguam.
“Saya cakap pada peguam plaintif, kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, saya cuma nak hidup tenang. Kes ini membuatkan saya sangat tertekan. Saya bukannya orang kaya nak upah peguam sampai makan ribuan ringgit,” katanya.
Dalam pada itu, Melati berharap bekas majikannya itu sudi memaafkan kesalahannya serta melupakan perkara tersebut. Melati juga mengatakan nombor telefonnya disekat oleh Shahida.
“Apa yang berlaku merupakan pengajaran untuk kita, mungkin ada salah saya, sampai bila kita nak bergaduh dan memanjangkan perkara ini? Tak bolehkah kita hidup aman damai macam biasa? Saya hanya manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan.
“Kalau boleh kita luapakan perkara ini dengan kita buat hal masing-masing. Kalau kes mahkamah ini diteruskan sampai bila-bila masalah kita takkan selesai,” katanya.
Difahamkan, peguam mewakili Shahida berkata dia diarahkan anak guamnya untuk memfailkan kes berkenaan selepas pihak defenden melanggar pihak mahkamah.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source