Euro 2024: Belgium bakal bertemu Perancis
STUTTGART – Pasukan ranking No. 3 dunia, Belgium bernasib baik apabila mara ke pusingan 16 terbaik saingan Euro 2024 selepas meraih keputusan seri 0-0 Ketika bertemu Ukraine pada aksi terakhir Kumpulan E sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium MHP Arena itu, skuad The Red Devils turun dengan misi memburu tiga mata berharga dalam usaha bergelar juara kumpulan apabila membariskan pemain terbaik seperti Kevin de Bruyne, Leandro Trossard dan Romelu Lukaku.
Lukaku memiliki peluang seawal minit ke-7 tetapi percubaan yang dilakukan oleh Lukaku agak lemah dan berjaya diselamatkan penjaga gol Ukraine, Anatoliy Trubin.
Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dengan mempamerkan corak permainan terbuka sepanjang perlawanan tetapi gagal memecah kebuntuan.
Peluang terbaik Ukraine hadir pada minit ke-74 dengan penyerang sensasi, Artem Dovbyk melakukan rembatan tepat tetapi terkena pemain pertahanan Belgium, Wout Faes.
Ukraine terus mengasak dalam usaha mencari gol kemenangan tetapi keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat.
Keputusan tersebut menyaksikan Belgium mara dengan status selaku naib juara meskipun berkongsi empat mata Bersama Ukraine selepas memiliki kelebihan defisit jaringan.
The Red Devils yang dikendalikan oleh Domenico Tedesco dijadualkan bertemu Perancis pada aksi kalah mati minggu depan.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan E, Romania turut meraih keputusan seri 1-1 bertemu Slovakia dengan kedua-dua pasukan berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik.
Gol-gol pada perlawanan itu dijaringkan oleh pemain Slovakia, Ondrej Duda pada minit ke-24 sebelum Romania bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ravzan Marin (m-37). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source