“Tolong Ubah Jadi Lain Sikit” – Aunty Ja Kesal Ramai Sesuka Hati Tiru Konsep Perniagaan Suka Dessert
Usahawan bakeri terkenal, Aunty Ja daripada Suka Dessert tampil meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah peniaga meniru konsep perniagaannya secara keterlaluan.
Menerusi hantaran Tiktok, Aunty Ja berkata dia dan para pekerjanya memerah idea bagi mendapatkan konsep tersendiri untuk kesemua produk yang dijual di Suka Dessert.
Kami perah idea umpama macam perah tuala yang kering untuk dapatkan idea, konsep. Benda tu simple tapi sangat susah.
Apa yang Suka Dessert ketengahkan adalah konsep. Contoh soft cookies dengan susu. Memang banyak jual di luar sana. Tapi tengok sampai bungkusan pun sama sangat, bungkusan pun bukan senang kita nak brainstroming.
Tambahnya lagi, dia tidak kisah jika peniaga di luar sana ingin menjual pencuci mulut yang sama namun berharap agar mereka menukar konsep dan idea dalam menghasilkan sesuatu produk.
Aunty Ja minta maaf, saya tak kisah pun tapi tolong ubah jadi lain sikit. Kadang-kadang jual benda yang sama macam aunty Ja tapi hashtag Suka Dessert tapi bukan kami punya.
Susah tau sebenarnya nak buat kelainan walaupun nampak mudah pada orang lain tapi ianya sangat makan effort, pengorbanan yang tinggi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source