Peniaga buah rompak kedai dijel 3 tahun, satu sebatan
KUALA LUMPUR – Seorang peniaga buah dipenjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompak menggunakan senjata di kedai serbaneka Februari lalu.
Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Aznill Abd. Kadim, 35, selepas lelaki itu menukar pengakuan bersalah pada sebutan semula kesnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Mac lalu.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Aznill didakwa bersama dengan seorang lagi yang masih bebas merompak empat kotak rokok jenama Winston 20’s yang bernilai RM63.60 dengan menggunakan sebilah parang.
Kesalahan itu didakwa di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul di sini pukul 5.20 pagi pada 28 Februari lalu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 dan Seksyen 34 kanun sama.
Hukuman bagi seksyen yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu semasa prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Saya hendak perbaiki diri dan ingin menjadi anak bertanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapa saya,” katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source