Azharina Azhar Disahkan Hidap Kanser
Penyanyi Azharina Azhar mengesahkan dirinya menghidap kanser dan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat. Namun Azharina masih belum dapat berkongsikan jenis kanser dihadapi.
“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”
Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di…
Memetik mStar Online, Azharina berkata dia masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan dan sepatutnya menjalani dua pembedahan besar namun terpaksa ditangguhgkan kerana ada kerja perlu diselesaikan.
BACA: Azharina Dedah Pernah Ditawar RM500,000 Untuk Tidur Bersama
“Sepatutnya saya jalani pembedahan bariatrik minggu depan tapi terpaksa tangguh kerana ada kerja yang perlu dilunaskan.
“Pembedahan itu terpaksa dilakukan atas nasihat doktor akibat masalah kesihatan memandangkan saya suka makan. Satu lagi pembedahan pula melibatkan kanser yang belum dikenal pasti,” katanya.
Selain itu, Azharina memberitahu selain kanser dia juga menderita penyakit diabetes sejak dua tahun lalu. Dalam pada itu, meskipun berdepan ujian kesihatan namun dia mahu kekal positif demi anak-anak dan perlu meneruskan kehidupan.
“Saya juga insan biasa, kalau sakit tentulah akan menangis. Biasanya saya akan dengar lagu-lagu galau untuk redakan perasaan. Tapi saya selalu ingatkan perlu positif demi anak-anak dan pekerja.
“Apa pun terjadi hidup tetap perlu diteruskan. Saya kena tempuh ujian ini walaupun perit dan menyakitkan,” katanya.
Terdahulu, Azharina memberitahu dia menghidap penyakit misteri selepas mengalami pendarahan teruk ketika program realiti All Star Gegar Vaganza pada tahun lalu.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source