Liga Super: KDN FC raih kemenangan sulung tewaskan PDRM FC 1-0
KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) berjaya meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Super selepas menundukkan Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.
KDN FC bermula garang apabila melakukan beberapa asakan ke kubu pelawat untuk memperoleh gol pada awal minit perlawanan.
Pemain pertahanan The Cops, Faith Obilor terselamat daripada layangan kad merah selepas pengadil, Muhammad Shukor Zulkiflee membuat semakan video bantuan pengadil (VAR) pada minit ke-21 apabila dia menjatuhkan Valdumar Augusto dari belakang.
Obilor bagaimanapun menerima layangan kad kuning sementara KDN FC dihadiahkan percuma diambil ketua pasukan, Oday Kharoub yang hampir membolehkan Michal Jerabek membuka jaringan namun tandukannya ditepis penjaga gawang pelawat, See Tean Kiat.
KDN FC dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-26 selepas Jerabek dikasari di depan pintu gol pelawat.
Peluang keemasan itu tidak disia-siakan oleh Oday yang bijak memperdaya Tian Keat untuk membuka jaringan pada minit ke-28.
Terkejut dengan jaringan tersebut, PDRM FC cuba bangkit dan melancarkan serangan demi serangan ke kubu tuan rumah dengan harapan dapat kembali mengikat kedudukan.
Kedua-dua pasukan bergerak ke bilik persalinan dengan kedudukan kekal 1-0 pada penghujung separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, skuad The Cops menggandakan usaha untuk menembusi benteng pasukan tuan rumah untuk mencari gol penyamaan.
Sang Kijang Emas terus kental mempertahankan kelebihan satu jaringan sehingga ke tiupan panjang wisel penamat untuk kemenangan sulung di hadapan seramai 2,132 penyokong. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source